Monday, May 31, 2010

2 aktivis pro Palestin maut, 50 cedera diserang komando Israel

2010/05/31

BANDAR GAZA: Beberapa individu cedera apabila anggota komando Israel menyerbu sekurang-kurangnya sebuah kapal yang dipenuhi aktivis pro-Palestin yang terikat dan berjuang untuk Gaza, menurut laporan televisyen yang dimiliki Hamas, sambil menunjukkan gambar mangsa yang cedera.

Televisyen Al-Aqsa Gaza, menunjukkan imej video komando Israel yang berpakaian serba hitam turun daripada helikopter dan bertempur dengan kumpulan aktivis, di mana beberapa yang cedera kelihatan terbaring di atas dek kapal itu.

Rangkaian televisyen berkenaan berkata, dua aktivis terbunuh manakala 50 yang lain cedera.

Tentera Israel enggan mengulas berhubung laporan itu dan penganjur konvoi bantuan berkata, mereka terputus hubungan dengan bot terbabit.

Kapal itu membawa lebih 700 penumpang, iaitu peringkat terakhir misi berprofil tinggi bagi menghantar lebih 10,000 tan bekalan bangunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejak 2007. - AFP

No comments: