Monday, May 31, 2010

Sekurang-kurangnya 10 terbunuh apabila Israel serbu kapal bantuan ke Gaza

2010/05/31

BAITULMAQDIS: Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh apabila tentera Israel menyerbu kapal yang membawa aktivis pro-Palestin yang dalam misi bantuan ke Gaza, lapor stesen TV10 Israel.

Stesen TV itu melaporkan komando marin Israel melepaskan tembakan selepas diserang dengan pisau dan kapak oleh beberapa penumpang kapal berkenaan apabila mereka menyerbunya.

Bagaimanapun, ia tidak menyatakan sumber maklumat itu. Stesen itu juga tidak menyatakan sama ada mereka yang terbunuh adalah penumpang atau anggota komando Israel.

Sumber :
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sekurang-kurangnya10terbunuhapabilaIsraelserbukapalbantuankeGaza/Article

No comments: