Hujung minggu yang lalu aku telah menyertai satu sesi brainstorming yang aku jangka bakal membawa impak yang besar kepada pembinaan satu industri baru di Negeri Kelantan. Aku tidak menjangaka bakal mendapat jemputan kerana aku merupakan "budak hingusan" dalam pejabat aku, tapi apabila mendapat tahu nama aku terselit, aku menjadi ghairah untuk menghadiri majlis brainstorming tersebut.
Kalu nak ikutkan hati memang la sedap bercuti dan melepak di rumah terutama pada hari Sabtu dan Ahad, manakala keesoknya Isnin cuti hari Deepavali. Tapi aku lebih terdorong untuk mempelajari ilmu baru berkaitan pelaburan yang bernilai jutaan ringgit di kawasan Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECER).
Tempat brainstorming tersebut diadakan boleh dianggap sebagai tempat berstatus Elite kerana para pengunjungnya terdiri daripada para pelancong asing dan VIP Malaysia yang kebanyakannya berpangkat Datuk.
Aku terkesima apabila melihat keindahan tempat itu, nyata harga yang dibayar oleh penganjur bukan satu nilai yang murah dimana setiap peserta yang dijemput dibayar pakej penginapan lengkap dengan makan 6 kali untuk 2 hari 1 malam bernilai RM590 seorang. Keenakan makanan yang dihidangkan tidak terkata, terdapat pelbagai pilahan makanan yang dikuasai oleh makanan Asian, Arabic dan Western.
Tempat tinggal yang berunsurkan Carribein menambahkan keindahan penginapan di sana.
Terdapat kolam yang berskala besar cukup untuk memuatkan kira-kira 30 orang dalam satu masa tanpa perlu berasak-asak antara satu smaa lain. Pantai yang memutih dan angin yang sepui-sepui bahasa mengamit aku untuk berjemur di pantai tersebut setelah penat berenang di laut yang membiru.
Tuesday, October 28, 2008
Tuesday, October 14, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)