Friday, August 21, 2009

Ramadhan...

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan

"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kitabayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalahRasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuatkesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengajakan ,semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dandirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

SELAMAT MENJALANKAN IBADAT PUASA DAN MENGIMARAHKAN RAMADHAN...

Friday, July 31, 2009

Alhamdulilah....

Untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan. Alhamdulilah....

Untuk pakaian kita yang dah tak muat, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita cukup makan. Alhamdulilah....

Untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yangcperlu dikemas, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal. Alhamdulilah....

Untuk bunyi bising jiran-jiran, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar. Alhamdulilah....

Untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai bagi menutup aurat. Alhamdulilah....

Untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih dikurniakan kuderat dan sihat tubuh badan untuk kerja kuat. Alhamdulilah....

Untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan. Alhamdulilah....

Untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, BERSYUKUR kerana beliau tidur disisi kita, bukan dengan orang lain. Alhamdulilah....

Untuk pasangan kekasih yang asyik bertelagah, BERSYUKUR kerana pasangan anda masih setia hatinya, bukan dengan menduakan kita dengan orang lain. Alhamdulilah....

Untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut... Alhamdulilah....

Utusan kematian..

Diceritakan bahawa Nabi Yaakub Alaihissalam bersahabat dengan Malaikat Maut.
Suatu hari Yaakub dikunjungi Malaikat Maut.

Dia bertanya kepada Malaikat Maut, “Adakah engkau datang untuk menziarahi atau mencabut nyawaku?”

Kata Malaikat Maut, “Untuk berziarah saja.”

Kata Yaakub, “Aku ada permintaan. Apabila ajalku telah dekat dan engkau hendak mencabut nyawaku, hendaklah engkau beritahu aku terlebih dahulu.”

Jawab Malaikat Maut, “Baiklah, aku akan utus dua atau tiga utusan.”

Ketika ajal Yaakub semakin hampir, Malaikat Maut datang kepadanya, lalu ditegur Yaakub, “Adakah engkau datang untuk berziarah atau mencabut nyawaku?”

“Aku datang untuk mencabut nyawamu!” balas Malaikat Maut.

Yaakub kehairanan dan bertanya, “Bukankah engkau sudah berjanji akan menghantar dua atau tiga utusan terlebih dahulu?”

Malaikat Maut menjawab, “Benar dan aku telah melakukannya. Rambut hitam berubah putih, tubuh kuat berubah lemah, itu adalah utusanku kepada manusia sebelum mereka mati, wahai Yaakub.”

Saturday, July 25, 2009

Andai aku terlupa dan leka...

Tiada namanya lautan jika ia tidak bergelora
Tiada namanya bumi jika tidak ditimpa hujan
Tidak namanya kehidupan jika tiada masalah

Sebagaimana warna menyempurnakan lukisan
Masalah pula adalah penyempurnaan kehidupan

Bersyukurlah,
Sekurang-kurangnya kamu masih hidup
Tuhan masih mengambil berat dengan kita
Kerana itu dianugerahkan olehNYA masalah
Untuk kita mengingati
Buat kita menajamkan lagi akal
Kelebihannya kita keatas makhlukNYA yang lain

Sucikan diri
Rendahkan darjat
Berlutut lalu bersujud
Salam kepada Ya Rabbi

Tenang dan rapatkan kedua tangan menadah
Doa mohon petunjuk kepada Allah SWT
Kerana sesungguhnya
Dialah Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui
Maha Pengampun dan Maha Mengasihani

Melayu Hari Ini - Fikirkanlah..

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Perlis dan Kedah pun selalu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu

Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemulihan , dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram , rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu

Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu pun nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak Melayu masih nombor satu
Asal bergaye sanggup makan nasi dan tokyu

Boleh tak jumpa Melayu di kedai buku?
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada jugak tapi kurang sangat mereka di situ

Kenapa Melayu jadi begitu?
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
Pasal jambatan bengkok atau siapa dia penghulu
Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu

Sampai bila kita nak tungguBangsa Melayu jadi bangsa yang maju
Boleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata Nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu!!!!

Pedoman

Ya Allah Ya Rabbi

Dengan AR RAHMAN Mu
hiduplah aku di celah makhluk Mu yang ujud

Tanpa AR RAHIM Mu
Karamlah aku tenggelam hanyut

RAHMAN Mu
Akulah insan tanpa pegangan
tidak berketentuan arah fitrah
berlumuran dalam nikmat Mu yang melimpah

RAHIM Mu
Akulah si hamba
Kau kurniakan lah aku Iman
Beranugerahkan Hidayah menuju jalan kebenaran

Tuesday, July 21, 2009

Aku?

Siapalah aku ini?

Apakah tanggungjawabku?

Mengapa aku disini?

Dimana harus aku berada?

Sunday, April 12, 2009

Aku tak faham SMS member aku hantar...

Berat mata memandang
Berat pula bahu yang memikul
Macam jatuh ditimpa tangga
Tapi sakit itu nikmat

Monday, March 23, 2009

Sos bilis..

Pengalaman nyata mendewasakan.. Kejadian baru ja terjadi semasa aku sampai di Kelantan... Waktu mula-mula berkerja di Kubang Kerian... Selepas beberapa lama berada di Pejabat, aku dan rakan-rakan yang baru masuk bertugas (dalam 2 bulan macam tu la) telah diarahkan untuk menghadiri kursus khusus berkaitan badan berkanun tempat aku berkerja selama seminggu...

Aku yang sungguh exciting untuk belajar benda baru telah dibawa untuk mengenali makanan tradisi Kelantan melalui kursus ini.. Banyak makanan menarik yang aku dah rasa antaranya ialah daging/ikan masak singgam, gulai lemak kuning dan serati... Tapi yang paling aku ingat sepanjang kursus tu adalah berkaitan sos bilis...

Nak dijadikan cerita, dalam kursus yang aku dan rakan-rakan aku hadiri tu, ada sebahagian besar merupakan bukan orang Kelantan yang terdiri dari orang Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan.

Seriab : Kak Yam, apa menu makan kami malam nie?

Kak Yam : Malam nie special sebab malam first semua bos baru stay kat sini.. so Kak Yam tak nak bagi tau la dulu.. kalu tak tak suprise...

Member : Dok yoh isau, makanen qlate sedap blako..

Seriab : Tak pa la kalu macam tue...

Member : Jom kelik rehat bilik dlu...

Masa makan malam selepas solat Maghrib,

Seriab : Apa yang special nie abe?

Member : Nie ha... menu utama dia.. m'mmm.. ikan bakar, daging masak singgam, ayam panggang, ulam dan sambal belacan....

Seriab : Nie ja ka?

Member : Eh.. Kak Yam tak cukup nie, member kawe nak rasa "sos bilis".. dia ore luar tok noh rasa sos bilis nie...

Seriab : Sos bilis? Menarik gak tue...

Kak Yam : Nie ha... sos bilis special dari Projek Diraja Negeri Kelantan

Member : Ha'a.. mari la raso makanen special negeri kawe

Seriab : Ok... Mari aku nak try sikit...Aik, rasa macam budu ja...

Member : Bukan.. Budu lain, ai berbau...

Seriab : Ya ka? M'mm.... Aku rasa macam sama ja.. (Aku pelik tengok Kak Yam dok gelak), buat apa Kak Yam gelak?

Kak Yam : tak dok gaponya...

Seriab : Ya ka Kak Yam?

Kak Yam : Yo la... Hahahahaha

Aku pun buat tak tau ja la... ok la, maybe orang kelantanlebih faham mengenai makanan depa berbanding orang luar... so aku terima ja... Next day, time makan tengahari.. aku kena duduk ngan bos, so tak leh la nak duduk ngan member aku...

Bos : Kak Yam, tak dak budu ka? (Bos aku orang Kelantan)

Kak Yam : Ada... sat nak ambik...

Kak Yam p dapur dan bawak kuar budu dalam pinggan kecik...

Bos : Ha'a.. Makan la budu nie sedap nie.. Tak negeri lain tak dak nie...

Seriab : m'mmm.... Kak Yam, sos bilis tak dak ka?

Member aku dan Kak Yam dah tergelak Bos aku tengok aku tercengang macam terperanjat...

Bos : Tak makan ka budu?

Seriab : Makan.... tapi sos bilis sedap sikit... tak berbau

Semua gelak terbahak-bahak termasuk bos aku.... aku jadi pelik, awat plak ngan depa nie? aku ada salah cakap ka?

Bos : Nie sapa bagi tau nie? (Cakap sambil tertawa)

Seriab : Abe ngan Kak Yam bagi tau semalam waktu makan

Semua terus ketawa... Lepas tu baru Kak Yam bagi tau sos bilis dan budu tu benda yang sama ja, semlm dia ngan abe melawak ja.. tak sangka aku percaya... Adoi la...

Saturday, March 21, 2009

Nasi tak berlauk...

Sedang berborak dengan seorang kawan berkaitan nasib mereka yang malang, (tidak mempunyai kelengkapan yang cukup makan dan umah yang selesa seperti adik Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal- pelajar yang skore 19A dalam SPM baru-baru nie), aku terkejut apabila seorang kawan aku menyatakan dia dah biasa makan nasi tak berlauk... aku semakin tak percaya apabila dia asyik mempertahankan kata-kata dia sebab aku tau dia dapat dari keluarga yang berada...

Member : Ala.. apa nak pelik, waktu belajar dulu.. boleh kata tiap2 hari mkan nasi tak berlauk...

Seriab : Cish... hang tipu la, aku kan selalu kuar makan ngan hang.. bila hang makan nasi tak berlauk? Selalunya ada telur, ayam atau ikan dengan sayur.. air mesti milo ais tak pun sirap bandung...

Member : Yang tu makan siang, waktu makan malam hang mana ada teman aku, hang dulu kan bercouple... asyik makan ngan awek hang ja waktu malam...

Seriab : Aku tau... hang ada masalah ka sampai makan nasi tak berlauk nie?

Member : Aku ok ja... dah biasa...

Seriab : Awat tak bagi tau kat aku... kalu ada masalah cakap la, kita kan dok dalam satu bilik dari sem tiga sampai grad..

Member : Aku bukan apa, tak mau la kacau member-member dengan masalah aku nie

Seriab : (Dengan rasa bersalah dan sedih), Aku mintak maaf la kalau waktu tu aku lebih pentingkan ex-gf aku... adoi.. sorry bro... aku mintak maaf banyak2..

Member : Nie la kawan-kawan, masalah member buat tak tau, masalah awek... 2 minit leh settle

Seriab : (Terasa hati), amboi... cakap biar berlapis... sapa yang dok tolong hang siapkan assingment ngan hantar hang p klinik kalu sakit demam? tak ka hamba Allah yang hina nie dok buat semua tu?... Tapi aku pelik, hang dpat ptptn, pastu orang tua hang hantar duit tiap-tiap bulan.. macam mana leh tak cukup duit makan? Siapa makan nasi tak berlauk plak tu...

Member : Ya la... aku kan ada keta, kalu p mana mesti kena guna minyak... pastu rokok lagi.. nak bergayut ngan gf aku lagi.... habis la...

Seriab : Tapi pelik, macam mana leh tak cukup? aku cukup ja duit walaupun tak dapat tambahan bulan-bulan dari orang tua aku...

Member : Hang naik moto, minyak sikit.... rokok tak hisap, tak yah gayut... awek ada sini, aku awek kat Kustem...

Seriab : M'mm...lalu plak hang makan nasi tak berlauk... dah tu letak nasi ngan kuah ja ka?

Member : Ish.. tak kan sampai tahap tue... aku makan nasi ada sayur ja sikit..

Seriab : Awat tak letak ayam ka sikit? Mak cik kedai no 3 tu kan baik ngan kita... kalu kira nasi kita banyak mana pun RM3 ja...

Member : Aku segan la... asyik dia charge macam tu ja...

Seriab : Tak pa la, kalau macam tue... Tapi aku still tak faham, macam mana hang leh makan nasi tak berlauk...

Member : Hang nak tau ka?

Seriab : Nak la....

Member : Sebab aku p kedai dia order nasi goreng tiap2 malam... hahhahahahaaha (dia gelak)

Seriab : Cish.... Aku tertipu...

Member : Jangan marah a'aa.... yang pasti... lu kena beb.... hahahaha

Cerita nasi tak berlauk nie juga telah menyebabkan seorang kawan aku terkena baru-baru nie yang menyebabkan aku ingat balik kisah nasi tak berlauk...

Saturday, February 28, 2009

Proton Exora..

Tulisan ini buat membantu seorang rakan yang mengetahui tentang kewujudan Proton Exora
yang bakal berada dipasaran pada bulan April ini...


Kereta atau apa nie? Macam baru lepas kuar dari kedai ketuk bodykereta ja... m'mm... amat bernasib baik la pemandu dan penumpang yang terselamat dalam kemalangan tersebut....

Ok la... tanpa membuang masa mari kita lihat dalam kereta tau

interior side..

Macam menarik ja dash board kereta nie

Apa kata kita lihat lebih dekat ke meter?



perkembangan yang baik untuk jenama Proton........




Nampak menarik.... Simple...

Look like Toyota Innova....



Hasilnya... Inilah kereta Proton Exora (MPV
kedua dari Proton selepas Proton Juara @ "Kotak Bergerak"...



Sedia menerima tempahan pada harga RM75,000 ++

Harga yang lebih murah berbanding sebuah kereta Toyota Vios
(kecuali Vios J) dan kereta Honda City version 2008...

Fikirkan lah...

Honda City 2008

Lebih kemas engine yang ditampilkan oleh Honda.. tapi masih ada ruang
untuk up-grade engine...

Kekuatan kereta Honda terletak pada "kuasa" yang terbaik... Berapa Hp nie?

Kena tanya orang yang pandai pasai kereta la...

Huhuhu... nak kata menarik warna nie boleh la jugak... tapi aku lebih
berminat kepada warna kelabu.. nampak ada "class" tersendiri....


Pada aku side la yang paling cun untuk honda city yang baru nie...

Tengok shot dari dekat lagi best...

Interior kereta yang menarik dari Honda...


Tapi nampak macam kalang kabut pun ada gak.......

Wednesday, February 11, 2009

Ya Allah..Alhamdulillah

Ya Allah..Alhamdulillah, aku seorang Muslim

Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bernafas sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku sihat sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku sempurna fizikal


Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada ibu dan bapa
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat makan
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat minum
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat pakaian
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada kerja

Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup dalam keadaan aman
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat berhibur (cara yang terbatas)
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada sahabat
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat tidur dengan nyenyak
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat menikmati udara segar

Ya Allah..Alhamdulillah
Ya Allah..Alhamdulillah!

Tuesday, February 10, 2009

Sambungan 10 Faktor Dalam Memilih Pasangan

Sambungan....


6. Bayangan Orang Yang Ingin Anda Kahwini


Bayangan ini tidak anda sedari pada umumnya , namun ia amat mempengaruhi anda. Bayangkan dengan jelas sifat-sifat orang yang ingin anda kahwini. Fikirlah dengan panjang dan mendalam tentang faktor - penampilan, kepintaran, pendidikan , kerohanian dan sebagainya. Pemikiran bawah sedar anda boleh menghantui sesuatu hubungan . Berpeganglah pada bayangan anda ini, jika tidak anda akan menginginkan orang lain buat selamanya.


7. Pasangan Yang Bersifat Seakan-akan Diri Anda

Pasangan yang mempunyai terlalu banyak perbezaan sifat nya , akan memerlukan usaha yang lebih untuk memastikan rumahtangga yang dibina kekal bahagia. Lebih banyak memerlukan toleransi dan pemahaman. Tak ramai pasangan mampu bertindak sebegini.


8. Mempunyai Cita-Cita Yang Seiring


Jika orang yang anda kahwini bercita cita jauh lebih rendah atau lebih tinggi daripada anda, mungkin anda berdua akan kecewa. Masalah akan timbul jika anda berusaha mendaki puncak kejayaan tetapi pasangan anda telah berpuas hati dengan apa yang telah anda berdua miliki. Perbezaan sifat mungkin menarik hati ketika sedang melamar , tetapi ia akan menyebabkan banyak kekecewaan sepanjang perkahwinan.


9. Kebolehan Berkomunikasi

Kebolehan berkomunikasi sangat penting demi kebahagian rumah tangga. Kesejahteraan perkahwinan bergantung kepada tahap komunikasi suami isteri. Adalah penting kedua dua pasangan menguasai kemahiran bertutur dan mendengar. Banyak rumah tangga hancur kerana masing masing tidak pandai menyatakan hasrat masing-masing dengan cara yang boleh diterima oleh pasangannya. Hasrat dipendam tanpa komunikasi berkesan bukanlah caranya.


10. Kebolehan Menyelesaikan Pertelingkahan

Pasangan perlu tahu yang mereka berkemampuan untuk menyelesaikan pertelingkahan sebelum mereka berkahwin. Jika pasangan tidak tahu cara yang berkesan untuk menangani perselisihan pendapat antara mereka, Rumah tangga mungkin akan runtuh. Banyak rumah tangga runtuh kerana suami isteri tidak tahu menangani perbezaan diri mereka berbanding sebab sebab lain. Amat perlu menilai kemahiran perdamaian masing masing sebelum berkahwin.

Tuesday, January 20, 2009

10 Faktor Memilih Pasangan

Kebanyakan daripada rumah tangga runtuh yang bermasalah sejak hari pertama tak lain tak bukan adalah kerana kedua-dua orang yang terlibat tersalah pilih pasangan, itu sahaja. Pilihan pasangan hidup anda adalah lebih penting dari apa jua yang anda lakukan untuk membahagiakan rumah tangga anda. Itu mungkin bunyinya seperti mudah sahaja dilakukan, tetapi anda akan terkejut dengan peratusan tinggi orang yang tidak sabar sabar melangsungkan perkahwinan sehingga mereka tidak menumpukan masa dan usaha yang diperlukan untuk membuat keputusan yang baik. Jika anda ingin memastikan perkahwinan yang memuaskan dan berkekalan, timbangkan factor-faktor berikut :

1. TEMPOH MASA PERKENALAN.

Kajian menunjukkan bahawa pasangan yang telah berkenalan selama dua tahun atau lebih kesemuanya lebih berpuas hati dengan perkahwinan berbanding pasangan yang berkenalan dalam jangka masa yang lebih pendek. Apabila pasangan bersedia mengambil keputusan yang melibatkan perkahwinan selepas hanya berkenalan selama beberapa bulan, keputusan itu kebanyakannya lebih berdasarkan khayalan dan kurang berdasarkan hakikat .

2. MEMILIH PASANGAN SENDIRI

Orang sering memilih pasangan semata mata untuk menggembirakan orang lain ayah , ibu atau kerana orang menyuruh mereka berkahwin. Tetapi amat penting agar orang yang hendak kahwin itu sendiri gembira dengan pilihannya. Keputusan anda hendaklah dibuat berasaskan keperluan dan impian anda sendiri. Anda juga patut mendengar pendapat sahabat handai dan kaum keluarga dengan teliti, tapi jangan sampai biarkan orang lain memilih pasangan hidup anda.

3. HARAPAN YANG TIDAK WAJAR TENTANG PERKAHWINAN

Kebanyakan rumah tangga gagal kerana tidak mendapat apa yang mereka impikan sebelum berkahwin. Ramai lelaki dan wanita memasuki alam perkahwinan dengan sangkaan bahawa pasangan mereka akan memenuhi semua keperluan mereka dan bahawa perasaan romantik mereka semasa bercinta akan kekal abadi. Sebenarnya rumah tangga yang bahagia memerlukan begitu banyak usaha, kesabaran dan ketabahan.

4. MASALAH KEPERIBADIAN DAN TINGKAH LAKU

Keperibadian dan tingkah laku tidak akan hilang apabila anda berkahwin. Jika terdapat cirri-ciri keperibadian dan tingkah laku pasangan anda yang menimbulkan persoalan, seperti cemburu, panas baran, tidak bertanggungjawab, tidak jujur dan degil. Tanya diri sendiri sama anda sanggup untuk menghabiskan masa anda sehingga ke akhir hayat untuk menangani masalah ini. Nyata sekali , jika pasangan yang dalam pertimbangan itu menghadapi masalah dadah, kaki botol dan sebagainya , anda sepatutnya memastikan masalah itu telah diselesaikan jauh lebih awal sebelum perkahwinan anda.

5. BANYAK PENGALAMAN HIDUP

Pemilihan pasangan hidup melibatkan ramalan tentang bagaimana anda berdua akan hidup bersama sepanjang tahun tahun akan datang. Pengalaman disini bukan bermaksud usia .Pengalaman yang dilalui tidak bergantung dengan usia seseorang. Pengalaman lelaki dan wanita mengharungi susah senang bersama amat bermakna dalam perhubungan. Jika boleh lalui waktu waktu susah dan senang bersama pasangan anda. Ambil contoh yang mudah saja ,misalnya melalui lalu lintas yang sesak, jalan jalan kampung yang becak . Dari situ , dia akan menunjukkan siapa dirinya yang sebenarnya.

Bersambung....