Friday, November 28, 2008

Akibat keletihan lalu tertido..

m'mm... satu lagi kisah benar aku, pada hari isnin lepas.. aku telah ditugaskan untuk menghadiri satu majlis yang melibatkan menteri di Ulu Pudu, Cheras. Bagi aku hari tu merupakan hari yang serba tak kena pada aku.. bermula dengan pada pagi tue aku hampir terlepas flight disebabkan taku terjaga lewat,(flight aku kui6.15, so aku dah kena bangun kui5 paling lewat.. dari airport ke rumaha makan masa 45 minit).. kesian kat Zaki (pemandu) yang merupakan rakan sekerja kau.. dia dok tunggu aku kat luar sampai sempat ambik orang lain dulu la nak hantar p airport.. kesian aku tengok dia..
(aku mintak maaf zaki, bukan sengaja)... on the way tue aku kena naik cap ngan Ketua Pengarah tempat kau keja, so tak leh nak tido... ada ja benda yang dibincangkan... tak pa la, aku sampai sana sambil dibantu oleh bekas staf tempat aku keja la... dia pindah tempat keja selepas 1 bulan keja kat tempat aku... nasib baik ada member, kalau tak dah tentu sesat...

selesai majlis yang melibatkan menteri tu, aku dan kawan aku (panggat kakak la.. tapi Pegawai Undang-undang) kena tunggu Ketua Pengarah aku makan ngan Menteri.. nasib baik aku dah makan, kalu tak mau gak mengamuk aku.. huhuhuhu (cakap boleh la, bak buat tu.. paham2 ja la).. lepas selesai, kami pun naik la lrt kat situ menuju ke masjid jamek.. di masjid jamek kami pecah sebab aku ada urusan kat putrajaya, dia plak nak kena p KLCC.. perjalanan aku ke Putrajaya tak dak la mencabar mana.. Alhamdulilah semua ok..

aku sempat la ke Pejabat Menteri, Pejabat Timbalan Menteri, jumpa beberapa pegawai yang sama level dan tugas dengan aku.. ok la tue.. tapi sebabkan bersembang, aku terlupa plak flight aku kui 6.30.. kui5 aku kuar dari Putrajaya ke KLIA, nak balik k Kota Bharu.. semua berjalan ok, aku sampai kat KlIA awal gak la dalam pukul 5.35, sementara menunggu panggilan, aku lepak la kat kerusi kat tingkat 3 KLIA, sedar tak sedar, aku tertido plak.. aduh... aku terjaga bila panggilan terakhir untuk flight ke Kota Bharu... dah yang mengecewakan aku, aku tak smepat ambik flight tue...

so aku kena ambik flight seterusanya kui10.30 malam... kepala aku macam nak pecah, bosan gila dok kat KLIA selama 4 jam sebelum flight.. sudah la tue, kena pulak bayar denda RM75 sebab terlepas flight.. nasib badan la.. kecewa gila aku hari tue.. semua serba tak menjadi... nasib baik Zaki ada tunggu kat airport Kota Bharu.. kesian aku tengok dia sampai tertido dalam keta tunggu aku..

Moral of the story : make ure u have enough rest before make any trip

Sunday, November 23, 2008

Bila member aku seorang di rumah....

m'mmm.... hujung minggu lepas aku balik ke kampung sebab member aku kawin, seronok aku tengok member-member aku dah nikah... Alhamdulilah dah sampai seru kawin rasanya...

tapi yang lagi best bila kau sampai umah, aku tengok kepala paip kat dapur umah aku dah patah...

yang lagi best.. ada periuk yang hanggit.. sebabkan aku sampai umah sewa dah lewat so aku pun tido la...

morning tadi aku bangun, so aku pun bersiap nak p keja.. yang bestnya air tak dak.. bila aku buka kunci air kat luar umah... habis basah dapur umah aku, aku kupa kepala paip tu dah patah..

Nak buat macama mana, alang-alang dah basah, aku pun buat tak tau so mandi ja la kat toilet.. lepas tu tutup balik air kat luar...

tak pa la, nak tergelak aku bila petang lepas balik umah aku tanya member aku awat ada periuk hangit dalam singki.. dia kata dia masak maggie sampai hangit... aku ketawa tak tertahan.. muka merah jadinya...

aku teringatkan budak umah sewa aku masa belajar dulu... dia tak tahu masak, so satu hari aku suruh dia tolong gorengkan telur macam yang aku dok goreng, dia kata

"Ok! bila lagi nak try.. tui tak?"

aku pun buat tak tau ja la tunggu sambil tengok tv.. dah 5 minit, so aku tanya member aku

"Oit, dah masak belum telur tu?"

dia kata "tunggu... sabar tu separuh daripada iman.. biasa la bila chef masak memang semua tak sabar-sabar nak makan"

aku pun relax ja la... lepak.. tapi aku pelik, lamanya mamat nie masak telur.. aku kata la

"oit, hang goreng telur or tengah bertelur?"

dia kata " relax dulu tak hitam lagi..."

aku jadi confius... telur jadi hitam?... m'mm... baru aku teringat, aku selalu goreng telur letak kicap... aku pun p la dapur.. bila kau tengok kuali... Ya Allah dah berasap kuali tu... rupanya member aku nie tak tau aku letak kicap.....tak sangka dalam dunia yang modern macam nie pun ada member yang teruk macam nie.. last sekali lekat nick name member aku nie Telur... hanya aku saja yang tau sebab apa nama dia Telur.. huhuhuh.. sorry my friend.. tapi ko antara kawan yang takkan aku lupa, sebab ko boleh menang anugerah home funniest home video...

Thursday, November 20, 2008

Lobak, telur atau kopi

Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Ia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Dia sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru.

Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Dia mengisi 3 periuk dengan air dan menaruhnya di atas api. Setelah air di ketiga-tiga periuk tersebut mendidih. Ia menaruh lobak merah di dalam periuk pertama, telur di periuk kedua dan ia menaruh serbuk kopi di periuk terakhir.

Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya.
Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan menaruhnya di mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuklainnya.

Lalu ia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?"
"Lobak, telur, dan kopi" jawab si anak.

Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu. Dia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, dia mendapati sebuah telur rebus yang mengeras.

Terakhir, ayahnya memintanya untuk mencicipi kopi. Si anak tersenyum seketika, mencicipi kopi dengan aromanya yang sungguh enak itu.

Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, Ayah?"

Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah menghadapi kesulitan yang sama, perebusan, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza. Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah. Cangkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut.

"Kamu termasuk yang mana?," tanya ayahnya.
"Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui... Ketika kesukaran dan kesulitan mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau serbuk kopi?"

Moral: Apakah anda adalah lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kamu menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu.

Atau adakah kamu adalah telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian atau kegagalan menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kamu menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku?

Ataukah kamu adalah serbuk kopi? Serbuk kopi merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksimal pada suhu 100 darjah Celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat.

Jika kamu seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk, kamu akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitarmu juga menjadi semakin baik.

Monday, November 17, 2008

Potongan KWSP dan kakitangan kerajaan...

Bermula pada 1 Januari 2009 tahun ini, seluruh rakyat Malaysia yang berkerja bakal mendapat lebihan wang melalui potongan caruman KWSP dari 11% kepada 8% (caruman peserta) yang dijalankan secara automatik. Bagi mereka yang tidak mahu membuat potongan caruman KWSP mereka terpaksa mengisi borang KWSP yang bakal keluar pada 1 Disember 2008.

Pelbagai taksiran diperolehi dari rakyat jelata. Seperti biasa terdapat yang bersetuju dan ada juga yang menentang. Setelah beberapa lama memikirkan mengapa kerajaan mengambil langkah tersebut, berikut adalah pendapat saya.

Langkah pemotongan ini dilihat dapat membantu orang yang berpendapatan rendah untuk menghadapi kesukaran akibat kejatuhan ekonomi dunia seperti man yang berlaku pada tahun 1997/1998. Langkah ini nyata membantu ketika krisis ekonomi Asia berlaku pada ketika itu. Potongan ini juga bakal menyaksikan lebihan wang bernilai lebih RM10 juta bakal berada di pasaran yang nyata dapat mengerakkan ekonomi negara ketika kegawatan ekonomi dunai semakin menghimpit dan dijangka bakal memuncak menjelang Mac 2009.

Potongan ini juga bakal menyaksikan simpanan untuk mereka yang memilih caruman KWSP semakin terhimpit. Ini dapat dilihat apabila CUEPAS mula membuat tuntuan agar kakitangan kerajaan yang milih caruman KWSP diberi pilihan semula untuk membuat caruman skim pencen. Dengan potongan tersebut, semakin ramai rakyat Malaysia terpaksa berkerja walaupun telah bersara kerana tidak mempunyai wang yang cukup untuk menampung kos sara hidup pada masa hadapan. Kenaikan inflasi semasa menjadikan nilai mata wang semakin susut.

Bagi mereka yang berpendapatan tinggi iaitu melebihi RM2500, dengan potongan caruman KWSP ini bakal menyaksikan mereka berhadapan dengan potongan cukai pendapatan. Langkah ini mungkin kurang popular, tapi ini adalah langkah yang bijak bagi kerajaan dalam mendapatkan hasil tambahan memandangkan keadaan kegawatan kebanyakan perniagaan terpaksa ditutup, sekaligus menyaksikan kerajaan bakal menghadapi kekurangan wang hasil cukai perniagaan. Kekurangan pendapatan hasil cukai perniagaan bakal ditampung oleh cukai pendapatan bagi membolehkan kerajaan mempunyai cukup wang untuk menjalankan pentadbiran (belanja mengurus) dan membuat peruntukan perbelanjaan pembangunan.

Sebarang kenyataan yang dinyatakan ini tidak boleh digunapakai untuk membuat sebarang tuduhan, sekiranya berlaku sebarang tindakan undang-undang atau pelanggaran akta Malaysia, saya tidak menanggung hukuman atau tindakan atas sebarang kerosakan atau kesilapan akibat kenyataan ini.

Saturday, November 8, 2008

MU kalah...

Aku paling bengang malam nie... macam mana MU leh kalah kepada Arsenal?
Adoi la... habis jem kepala aku malam nie dah la siang tadi tak cukup tido,
sanggup aku p Tesco awal semata-mata nak tengok game MU vs Arsenal,
alik2 aku yang kecewa.. hapeh betui...

Main nak fency tapi gol tak dak.. aku paling bengang player yang status
"STAR".. langsung tak mau ligan bola, asyik dok harap player lain ja tolong
hantar bola mudah untuk disumbat dalam gol, tapi alik2 tak gol gak...

Nasib baik main futsal tadi aku dapat gak naib johan kalu tak... huh lagi
bengang... apa pun aku tetap akan jadi penyokong MU, walaupun kebanyakan
star yang aku minat dalam MU era 1990-an... aku tetap ngan MU selagi Ryan
Giggs ada di MU..