Tuesday, September 23, 2008

Seloka Aidilfitri....

Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman SMS pun dah kira "grand" lah ye..!

Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai SMS pun kira ok what?

Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang

Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba sahaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah
Saidina Affan menyusun kata


Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin


Ps: Halalkan la makan minum klu ada..

Wednesday, September 17, 2008

Kenapa Portugis Menyerang Melaka Tidak Kerajaan Kedah Tua


1508

Alfonso De Albuquerque meyampaikan hasratnya kepada Raja Portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara (Melaka dan Kedah Tua antara pusat perdagangan Asia Tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera (158 biji
kapal dengan 15300 (anggaran) bala tentera)
1509

Portugis menhantar perisik ke Melaka untuk megetahui keadaan kekuatan pertahanan disana

Oct 1511

Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan
Melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Portugis yang dipimpin oleh Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15 ribu askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersaudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah
hampir kecewa dan putus asa...

1513

Setahun 11 bulan kemudian alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini...

Feb 1514

Alfonso menghantar perisik ke kedah dan pulau pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana (Kedah dan P.Pinang ) mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar Kedah dan Pulau Pinang untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan...
Seminggu selepas Feb 1515

Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso
Dibawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso (setelah dialih bahasa kepada bahasa Melayu) yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah:

Perisik 1,2,3 "selamat pagi tuan (sambil bertabik)"

Alfonso "selamat pagi"

Perisik "Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Kedah dan Pulau Pinang"

Alfonso "Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? (dengan nada marah)"

Perisik 2 "Untuk menawan Melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal HangTuah, Hang Jebat, Hang
Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak
menawan Kedah dan Pulau Pinang yang mempunyai beribu ribu hang.."

Perisik 3 "Betoi tu Tuan...antaranya hang sihat, hang buat apa, hang apa khabar, hang lagu mana, hang pi mana,
hang nak p mana, hang singgah dulu, hang gila,bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang
macam-macam lagi hang ada kat sana ......."

Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang Kedah, Perlis dan Pulau Pinang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan Melayu Melaka amat ngeri......ini kan pula nak berhadapan beribu-ribu "hang".

Hehehehe.. sekadar lawak dihujung minggu.. tapi tetap ada moral value..
Jangan la mendengar kabar angin tanpa memeriksa kebenarannya terlebih dahulu..

Ramadhan 17..Pemergian Nendaku

Tarikh yang pilu bagi aku...

Aku dikejutkan dengan 1 msg pada pagi nie, msg yang ku tidak sangka kan terima pada pagi ini, disusuli dengan satu panggilan mengatakan Nendaku telah pulang kepangkuan ILAHI..

Hatiku tidak tenang sepanjang minggu, mungkin ia merupakan petanda / petunjuk kepadaku bahawa hari raya tahun ini tidak akan semeriah dahulu.. hati aku berkata ingin pulang ke kampung sejak minggu lalu, namun aku membatalkan hasratku pada saat-saat akhir..

setelah tiba hari ini barulah aku faham mengapa aku terasa lebih mengigati Ramadhan tahun ini berbanding hari lebaran Aidilfitri yang bakal menjelang..

pilu menyelubungi diriku, andai kata aku bercuti pada esok hari sudah tentu aku sudah berada di kampung halaman, tentu aku punya masa untuk memohon kemaafan kepada insan yang pergi menyahut panggilan TUANNYA pagi ini..

Sudahlah jauh diperantauan, pagi ini aku kemerata tempat mencari tiket untuk pulang ke kampung, namun hampa.. tiket yang paling awal mampu ku perolehi adalah 9.00 malam ini..
Ini bermakna aku tidak sempat menatap mukanya buat kali terakhir.. Dia akan disimpan pada tengahari ini.. Aku memohon agar segalanya berjalan dengan lancar.. Amin

Namun aku terasa gembira kerana mengikut kata mama, nendaku pergi dengan tenang dan senyuman di rumah beliau, tempat di mana aku dilahirkan dan dibesarkan.. Jauh disudut hatiku, aku berterima kasih kepada Allah kerana memuliakan kepulangan nendaku pada awal pagi 17 Ramadhan, hari yang mana ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia bahawa berlakunya Nuzul Al-Quran..

Kepada rakan-rakan aku memohon jasa baik kalian untuk membaca Surah Yassin kepada nendaku..

Semoga Rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan disamping orang yang beriman.. Al-Fatihah

Monday, September 15, 2008

15 Ramadhan..

Hari nie telah genap, 15 Ramadhan 1429 hijrah..

Aku termenung sejenak ketika pasaraya-pasaraya besar sibuk mengadakan jualan murah dan memperdengarkan lagu-lagu raya, apakah penghayatan sebenar Ramadhan?

Bertemankan rakan kerjaku, kami berjalan-jalan di dalam KB MALL tengahari tadi ketika waktu rehat. Ketika berjalan-jalan melepasi beberapa kedai, aku terdengar satu syarahan yang menarik.. memetik kata-kata itu "Jihad Ramadhan adalah berpuasa di siang harinya, manakala pada malam harinya dipenuhi untuk menghidupkan Ramadhan dengan Solat Terawih".

Aku berhenti sebentar di kedai tersebut, aku terus mendengar apakah ucapan seterusnya yang bakal diungkapkan oleh suara tersebut. Kata-kata yang terus menyentuh perasaan aku adalah... "...manusia kian leka dengan sambutan Syawal hingga meninggalkan kesucian dan kemakmuran Ramadhan. Bulan yang mana terdapatnya dalam satu malam yang menyamai seribu malam iaitu Malam Lailatul Qadar dan pada bulan tersebut turunnya kitab suci Al-Quran".

Terkesima aku pada kata-kata suara tersebut, adakah aku menghayati Ramadhan dengan sebaik mungkin pada tahun ini? Adakah aku berkesempatan untuk Ramadhan 1429H?

Mungkin ada betulnya kata-kata Nabil Raja Lawak "LU PIKIR LA SENDIRI"

Wednesday, September 10, 2008

Berjimat di bulan Ramadhan..

Selama nie asyik makan besar ja..aku nie aku nak cita pa yang terjadi hari nie.. Hari nie aku paling berjimat sebab tak bersahur dan berbuka secara biasa-biasa ja..

Pagi tadi aku bukan berniat tak mau sahur, tapi ntah macam mana lak leh tak sahur pagi tadi.. konfius sikit aku, maybe terlalu letih so aku tak terjaga.. selalunya kui4.30 aku dah start bagun untuk p beli makanan tak pun masak apa yang patut.. Mungkin ditakdirkan aku tak bangun sahur, so tak bagun la.. Yang jadi masalahnya perut aku meragam bila sampai tengah hari yang kebetulan aku ada exam plak hari nie, dalam dewan perut aku berbunyi sampai kena tegur ngan orang sebelah..

sebelah petang kepala aku dah tak center, nak buat keja pun tak leh dah.. kepala dah betui2 dizzy..habis ja time office, kui5.03 aku terus balik... rehat sat kat umah, aku pun kemudian kuar balik cari makanan untuk berbuka, aku memilih berbuka biasa-biasa ja hari nie.. waktu berbuka hari nie cuma nasi lemak RM1.50.. air milo bancuh sendiri, telur goreng + sosej masak sendiri..

so kos hari nie biasa ja.. saja nak merasai nikmat berbuka cara "orang kampung".. moral of the story tak salah kalau kita cuba "merasa" makanan biasa.. agar kita menginsafi kekurangan rakan-rakan seAgama dengan kita.. tapi ada satu lagi, jangan lupa sahur, lapar tau tak sahur.. mungkin sebab tak dapat berkat ikut sunah Nabi Muhammad

Sunday, September 7, 2008

Buka posa bersama rakan-rakan office yang bujang..

Petang tadi aku telah berkesempatan berbuka posa bersama-sama rakan office aku yang masih bujang di satu restoran yang nampak gempak pada luarnya dekat bandar Kota Bharu belakang Hospital Besar... lebih kuarang ada 20 orang yang p ke restoran tu dengan pembiayaan sendiri(sorang RM20).. Tapi makanan tak boleh blah..

Aku pelik betui macam mana kedai nie leh masuk dalam surat khabar Berita Mingguan hari nie dah la makanan tak sedap.. mesti bos dia bayar banyak kat wartawan tu.. Dah la tak sedap, makanan pun sikit..

Dengan rasa tak puas hatinya, aku dan rakan-rakanku pulang... Dalam keta yang aku tumpang tu, kaptain kapal telah mengarahkan perjalanan ke KB MALL, kami telah bersetuju untuk makan di KFC.. nak dijadikan cerita, Kak Adhar dengan penuh rasa rendah diri dan pemurah telah belanja aku dan Hana makan KFC secara percuma.. Aku telah order Twister dan Milo ais.. sedap o0o0o0o.. kenyang perut aku.. dah la makan free, rupanya bukan kami bertiga ja yang makan KFC lepas tu, ada lagi 5 orang member-member yang lain masa makan di restoran tadi p makan KFC tempat yang sama.. rupanya member-member aku pun tak puas hati makan kat situ...

Moral of the story, jangan terlalu percaya dengan tempat makan yang dikatakan sedap oleh surat khabar, sedap lagi makanan kat Pasar Ramadhan Kubang Kerian..

Saturday, September 6, 2008

Rahsia Surah Yassin Ayat Ke 58

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut

"SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM"

diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha
Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:
1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh
dan mencintai
Islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin

6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku..

Amin.. Amin Ya'Rabbil Ala'min..

Berbuka yang best..

al-maklum la dok kat umah bujang memang payah nak hidup..
nak makan yang sedap-sedap tak pandai nak masak..
kalu takat nak makan benda basic tu boleh la..
benda basic tu macam biasa air, telur dan maggie..
yang ada advantage pun masak pedas dan goreng, yang lain aku tak tau..

so disebabkan tak pandai masak dan bosan makan masakan sendiri, kena la p beli makan kat kedai.. hari nie best sikit dari hari biasa coz aku boleh berbuka ngan salah satu makanan kegemaran aku "ayam golek"... aku beli kat Stadium Sultan Muhammad ke 4 dengan harga RM15/ ekor.. aku tengok macam harga standard ja kat Kelantan (sebab kebanyakan kedai jual harga tu) tapi ada gak rasa mahal.. tak pa la, janji aku puas hati.. sedap gak ayam golek yang aku beli tu, aku sorang leh habiskan 3/4 dari ayam tu dan member umah aku tolong habiskan yang 1/4 lagi..

member aku beli nasi bukhary lauk ayam, satu bungkus RM4.. dia kata mahal, dia dah biasa kat Kelantan so dia lagi terer pasai harga barang makanan kat Kelantan dari aku.. bila aku tengok dia buka bungkus nasi tu, aku tengok macam nasi ayam ja.. nasi bukhary nie lain sikit coz selalunya pak arab yang pandai buat.. tapi tak kisah la, mungkin tu nasi bukhary versi Kelantan

on the way nak balik ke umah sempat lagi singgah beli murtabak 2 biji RM3.. paus hati betul buka posa hari nie..ada pulak air kelapa dan air tebu... sebungkus RM2..

bila dikira semula aku rasa hari nie la aku berbuka paling mewah.. Astafurlullah hal'azim.. boros rupanya aku makan hari nie..hilang dah penghayatan bulan Ramadhan disebabkan sifat tamak diri sendiri.. jadi aku menasihatkan rakan-rakan dan diriku sendiri agar tidak boros seperti aku pada hari nie.. hehehe.. moral of the story mesti lah ada kat bahagian akhir

Mengenali Pasangan Anda..

Bagaimana nak mengenali pasangan kita?
Adaah dia sesuai dengan kita?
Mampukah kita kekal bahagian sehingga satu tempoh masa yang lama?

Masalah ini selalu bermain dikepala setiap manusia, untuk membantu menyelesaikan masalah ini, saya akan mendapatkan sedikit maklum balas daripada para pakar terutama dalam bidang kaunseling dan pembangunan manusia. Sementara menunggu maklum balas tersebut, saya berharap rakan-rakan dapat memberi pendapat masing-masing.

Harap ulasan tersebut dapat membantu saya dan rakan-rakan yang lain dalam membuat pilihan pasangan hidup.