Friday, July 31, 2009

Alhamdulilah....

Untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan. Alhamdulilah....

Untuk pakaian kita yang dah tak muat, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita cukup makan. Alhamdulilah....

Untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yangcperlu dikemas, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal. Alhamdulilah....

Untuk bunyi bising jiran-jiran, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar. Alhamdulilah....

Untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai bagi menutup aurat. Alhamdulilah....

Untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih dikurniakan kuderat dan sihat tubuh badan untuk kerja kuat. Alhamdulilah....

Untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan. Alhamdulilah....

Untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, BERSYUKUR kerana beliau tidur disisi kita, bukan dengan orang lain. Alhamdulilah....

Untuk pasangan kekasih yang asyik bertelagah, BERSYUKUR kerana pasangan anda masih setia hatinya, bukan dengan menduakan kita dengan orang lain. Alhamdulilah....

Untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut... Alhamdulilah....

Utusan kematian..

Diceritakan bahawa Nabi Yaakub Alaihissalam bersahabat dengan Malaikat Maut.
Suatu hari Yaakub dikunjungi Malaikat Maut.

Dia bertanya kepada Malaikat Maut, “Adakah engkau datang untuk menziarahi atau mencabut nyawaku?”

Kata Malaikat Maut, “Untuk berziarah saja.”

Kata Yaakub, “Aku ada permintaan. Apabila ajalku telah dekat dan engkau hendak mencabut nyawaku, hendaklah engkau beritahu aku terlebih dahulu.”

Jawab Malaikat Maut, “Baiklah, aku akan utus dua atau tiga utusan.”

Ketika ajal Yaakub semakin hampir, Malaikat Maut datang kepadanya, lalu ditegur Yaakub, “Adakah engkau datang untuk berziarah atau mencabut nyawaku?”

“Aku datang untuk mencabut nyawamu!” balas Malaikat Maut.

Yaakub kehairanan dan bertanya, “Bukankah engkau sudah berjanji akan menghantar dua atau tiga utusan terlebih dahulu?”

Malaikat Maut menjawab, “Benar dan aku telah melakukannya. Rambut hitam berubah putih, tubuh kuat berubah lemah, itu adalah utusanku kepada manusia sebelum mereka mati, wahai Yaakub.”

Saturday, July 25, 2009

Andai aku terlupa dan leka...

Tiada namanya lautan jika ia tidak bergelora
Tiada namanya bumi jika tidak ditimpa hujan
Tidak namanya kehidupan jika tiada masalah

Sebagaimana warna menyempurnakan lukisan
Masalah pula adalah penyempurnaan kehidupan

Bersyukurlah,
Sekurang-kurangnya kamu masih hidup
Tuhan masih mengambil berat dengan kita
Kerana itu dianugerahkan olehNYA masalah
Untuk kita mengingati
Buat kita menajamkan lagi akal
Kelebihannya kita keatas makhlukNYA yang lain

Sucikan diri
Rendahkan darjat
Berlutut lalu bersujud
Salam kepada Ya Rabbi

Tenang dan rapatkan kedua tangan menadah
Doa mohon petunjuk kepada Allah SWT
Kerana sesungguhnya
Dialah Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui
Maha Pengampun dan Maha Mengasihani

Melayu Hari Ini - Fikirkanlah..

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Perlis dan Kedah pun selalu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu

Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemulihan , dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram , rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu

Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu pun nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak Melayu masih nombor satu
Asal bergaye sanggup makan nasi dan tokyu

Boleh tak jumpa Melayu di kedai buku?
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada jugak tapi kurang sangat mereka di situ

Kenapa Melayu jadi begitu?
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
Pasal jambatan bengkok atau siapa dia penghulu
Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu

Sampai bila kita nak tungguBangsa Melayu jadi bangsa yang maju
Boleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata Nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu!!!!

Pedoman

Ya Allah Ya Rabbi

Dengan AR RAHMAN Mu
hiduplah aku di celah makhluk Mu yang ujud

Tanpa AR RAHIM Mu
Karamlah aku tenggelam hanyut

RAHMAN Mu
Akulah insan tanpa pegangan
tidak berketentuan arah fitrah
berlumuran dalam nikmat Mu yang melimpah

RAHIM Mu
Akulah si hamba
Kau kurniakan lah aku Iman
Beranugerahkan Hidayah menuju jalan kebenaran

Tuesday, July 21, 2009

Aku?

Siapalah aku ini?

Apakah tanggungjawabku?

Mengapa aku disini?

Dimana harus aku berada?