Tuesday, June 1, 2010

Wisma Putra diarah selamatkan sukarelawan Malaysia di Gaza: PM

2010/06/01

KUALA LUMPUR: Wisma Putra diarah berusaha selamatkan sukarelawan Malaysia yang menyertai misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan mendapatkan maklumat terkini Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara ketiga.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Malaysia juga akan mengusulkan tindakan pencabulan dan keganasan Israel terhadap konvoi kapal ke Gaza yang diserang semalam ke Majlis Keselamatan PBB.

Majlis Keselamatan PBB dijangka bersidang minggu depan dan usul itu kata Perdana Menteri membolehkan satu tindakan diambil terhadap regim Zionis itu.

Sumber:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/WismaPutradiarahselamatkansukarelawanMalaysiadiGaza_PM/Article

No comments: