Sunday, August 31, 2008

Kebaikan mandi.. Tapi jangan rajin sangat mandi bulan puasa "mak'ruh"

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia
bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi
menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan
tubuh.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine
menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah
jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar
13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air
panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang
dapat membantu mengeluarkan toksin.

Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan
sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik.
Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit tepat. Suhu yang
dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat
menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah.

Jangkitan kulit:

Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan
menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian.
Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan
tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk
berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala:

Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema,
sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air
panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan
kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender,
peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk. Lakukannya
selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia:

Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda yang
mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki
sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,
pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Wallahu'alam. Cuba la..

No comments: