Monday, November 17, 2008

Potongan KWSP dan kakitangan kerajaan...

Bermula pada 1 Januari 2009 tahun ini, seluruh rakyat Malaysia yang berkerja bakal mendapat lebihan wang melalui potongan caruman KWSP dari 11% kepada 8% (caruman peserta) yang dijalankan secara automatik. Bagi mereka yang tidak mahu membuat potongan caruman KWSP mereka terpaksa mengisi borang KWSP yang bakal keluar pada 1 Disember 2008.

Pelbagai taksiran diperolehi dari rakyat jelata. Seperti biasa terdapat yang bersetuju dan ada juga yang menentang. Setelah beberapa lama memikirkan mengapa kerajaan mengambil langkah tersebut, berikut adalah pendapat saya.

Langkah pemotongan ini dilihat dapat membantu orang yang berpendapatan rendah untuk menghadapi kesukaran akibat kejatuhan ekonomi dunia seperti man yang berlaku pada tahun 1997/1998. Langkah ini nyata membantu ketika krisis ekonomi Asia berlaku pada ketika itu. Potongan ini juga bakal menyaksikan lebihan wang bernilai lebih RM10 juta bakal berada di pasaran yang nyata dapat mengerakkan ekonomi negara ketika kegawatan ekonomi dunai semakin menghimpit dan dijangka bakal memuncak menjelang Mac 2009.

Potongan ini juga bakal menyaksikan simpanan untuk mereka yang memilih caruman KWSP semakin terhimpit. Ini dapat dilihat apabila CUEPAS mula membuat tuntuan agar kakitangan kerajaan yang milih caruman KWSP diberi pilihan semula untuk membuat caruman skim pencen. Dengan potongan tersebut, semakin ramai rakyat Malaysia terpaksa berkerja walaupun telah bersara kerana tidak mempunyai wang yang cukup untuk menampung kos sara hidup pada masa hadapan. Kenaikan inflasi semasa menjadikan nilai mata wang semakin susut.

Bagi mereka yang berpendapatan tinggi iaitu melebihi RM2500, dengan potongan caruman KWSP ini bakal menyaksikan mereka berhadapan dengan potongan cukai pendapatan. Langkah ini mungkin kurang popular, tapi ini adalah langkah yang bijak bagi kerajaan dalam mendapatkan hasil tambahan memandangkan keadaan kegawatan kebanyakan perniagaan terpaksa ditutup, sekaligus menyaksikan kerajaan bakal menghadapi kekurangan wang hasil cukai perniagaan. Kekurangan pendapatan hasil cukai perniagaan bakal ditampung oleh cukai pendapatan bagi membolehkan kerajaan mempunyai cukup wang untuk menjalankan pentadbiran (belanja mengurus) dan membuat peruntukan perbelanjaan pembangunan.

Sebarang kenyataan yang dinyatakan ini tidak boleh digunapakai untuk membuat sebarang tuduhan, sekiranya berlaku sebarang tindakan undang-undang atau pelanggaran akta Malaysia, saya tidak menanggung hukuman atau tindakan atas sebarang kerosakan atau kesilapan akibat kenyataan ini.

No comments: