GAZA CITY 21 Julai - Kecekapan pejuang Hamas melancarkan taktik
perang gerila menggunakan terowong bawah tanah ternyata digeruni tentera
Israel yang sukar mengesan pergerakan masuk anggota Briged Izzuddin
Al-Qassam ke wilayah dikuasai rejim Zionis.
Al-Qassam, yang merupakan kumpulan sayap Hamas kini menggunakan
terowong sebagai senjata utama untuk mengekang serangan bertubi-tubi
tentera darat Israel yang mahu menceroboh Gaza, selain turut melancarkan
serangan roket ke kawasan wilayah rejim Zionis Israel sejak konflik itu
tercetus pada 8 Julai lalu.
Malah laporan laman web Aman Palestin yang memetik kenyataan
jurucakap Al-Qassam, Abu Obaida berkata, pihaknya berjaya menculik
seorang tentera Israel bernama Shaul Aron dalam pertempuran di Sheijaya,
semalam selain membunuh 13 askar Israel dan mencederakan 50 yang lain.
Tuesday, July 22, 2014
5 maut hospital Gaza dibedil
GAZA 21 Julai - Sekurang-kurang lima terkorban, manakala 70 termasuk
kakitangan hospital cedera apabila Israel menyerang Hospital al-Aqsa di
tengah Genting Gaza, hari ini.
Menurut jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf Al-Qidra, beberapa roket mengenai tingkat tiga bangunan itu yang menempatkan unit rawatan intensif dan juga bilik pembedahan.
Katanya lagi, serangan itu turut menjejaskan kawasan sekitar hospital berkenaan sambil menambah pihaknya meminta bantuan Palang Merah untuk membantu memindahkan pesakit.
Israel bagaimanapun enggan mengulas kejadian tersebut. Sebelum ini rejim Zionis itu menuduh pejuang Hamas melancarkan serangan roket ke Israel dari beberapa kawasan hospital di Gaza dan berlindung di dalam bangunan-bangunan tersebut. - REUTERS
Source : http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140722/lu_02/5-maut-hospital-Gaza-dibedil#ixzz38AT5praR
© Utusan Melayu (M) Bhd

PBB gesa Hamas-Israel laksana gencatan senjata
GAZA CITY 21 Julai - Selepas 14 hari membisu, Majlis Keselamatan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), akhirnya membuka mulut untuk
menggesa gencatan senjata dilaksanakan antara Hamas dan Israel ketika
angka korban penduduk awam di Gaza terus meningkat kepada 508 orang dan
3,150 orang lagi cedera.
Wakil Tetap PBB dari Rwanda, Eugene Richard Gasana yang mempengerusikan sidang tersebut berkata, gesaan itu dibuat selepas Majlis Keselamatan PBB mengadakan sidang tergempar semalam ekoran kebimbangan terhadap jumlah kematian yang semakin meningkat akibat konflik di Gaza.
"Semua 15 anggota majlis menggesa pertempuran dihentikan dengan segera dan gencatan senjata dilaksanakan," katanya.
Rundingan gencatan senjata antara pemimpin Hamas, Khaled Meshaal dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas di Qatar dijangka berlangsung hari ini selepas tertangguh selama sehari.
Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon turut berada di Doha bagi bertemu dengan kedua-dua pihak terlibat untuk mencari jalan penyelesaian konflik di rantau terbabit.
Bagaimanapun wakil Palestin, Ryan Mansour menyuarakan kekecewaan terhadap kegagalan PBB untuk mengambil pendirian kuat dan mengambil langkah yang lebih tegas bagi mengakhiri kekejaman rejim Zionis.
"Majlis Keselamatan PBB sekali lagi gagal menggalas tanggungjawab mereka," katanya. - AFP
Source : http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140722/lu_03/PBB-gesa-Hamas-Israel-laksana-gencatan-senjata#ixzz38ASixTm1

Israel guna peluru berangkai
GAZA CITY 21 Julai - Tentera Israel dilaporkan menggunakan peluru
damak dalam serangan mereka di Gaza, senjata yang disifatkan sebagai
menyalahi undang-undang kemanusiaan oleh pertubuhan hak asasi manusia
Israel, B'Tselem.
Peluru yang biasanya dilancarkan dari kereta kebal dan digambarkan sebagai 'senjata yang tidak tepat' untuk digunakan dalam pertempuran di kawasan bangunan itu, akan meletup di udara dengan melepaskan ribuan damak kecil diperbuat daripada besi yang setiap satunya berukuran empat sentimeter.
The Guardian melaporkan, Pusat Palestin bagi Hak Asasi Manusia (PCHR) mendakwa enam peluru damak itu digunakan semasa pengeboman di perkampungan Khuzaa di Genting Gaza pada 17 Julai lalu.
Tentera Israel ketika diminta mengesahkan perkara itu oleh media tidak menafikan mereka menggunakan peluru tersebut dalam konflik berkenaan dengan mendakwa mereka hanya membawa senjata 'yang disahkan di bawah undang-undang antarabangsa'. - AGENSI
Source: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140722/lu_05/Israel-guna-peluru-berangkai#ixzz38ASWfm13

Dua tentera Israel-Amerika terbunuh
WASHINGTON 21 Julai - Dua warganegara Amerika Syarikat (AS) merupakan
antara 13 anggota Pasukan Pertahanan Israel (IDF) yang terbunuh dalam
pertempuran di Gaza, semalam.
"Kami boleh mengesahkan kematian rakyat AS, Max Steinberg dan Sean Carmeli di Gaza. Sebagai penghormatan kepada mereka yang terlibat, kami tidak mempunyai maklumat lanjut buat masa ini," kata jurucakap Jabatan Negara AS, Jen Psaki dalam satu kenyataan.
Los Angeles Times melaporkan, Carmeli, 21, yang kedua ibu bapanya merupakan rakyat Israel, membesar di Texas manakala Steinberg, 24, membesar di selatan California. Kedua-duanya merupakan anggota tentera Israel bagi Briged Golani.
Menurut laporan Jewish Journal of Greater Los Angeles, Steinberg tinggal di bandar Beersheba dan menyertai IDF pada penghujung 2012 sebagai seorang penembak tepat, manakala butiran Carmeli masih tidak diketahui. - AFP
Source: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140722/lu_06/Dua-tentera-Israel-Amerika-terbunuh#ixzz38AS6wzI6

Subscribe to:
Posts (Atom)