GAZA 21 Julai - Sekurang-kurang lima terkorban, manakala 70 termasuk
kakitangan hospital cedera apabila Israel menyerang Hospital al-Aqsa di
tengah Genting Gaza, hari ini.
Menurut jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf Al-Qidra, beberapa
roket mengenai tingkat tiga bangunan itu yang menempatkan unit rawatan
intensif dan juga bilik pembedahan.
Katanya lagi, serangan itu turut menjejaskan kawasan sekitar hospital
berkenaan sambil menambah pihaknya meminta bantuan Palang Merah untuk
membantu memindahkan pesakit.
Israel bagaimanapun enggan mengulas kejadian tersebut. Sebelum ini
rejim Zionis itu menuduh pejuang Hamas melancarkan serangan roket ke
Israel dari beberapa kawasan hospital di Gaza dan berlindung di dalam
bangunan-bangunan tersebut. - REUTERS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment