GAZA CITY 21 Julai - Tentera Israel dilaporkan menggunakan peluru
damak dalam serangan mereka di Gaza, senjata yang disifatkan sebagai
menyalahi undang-undang kemanusiaan oleh pertubuhan hak asasi manusia
Israel, B'Tselem.
Peluru yang biasanya dilancarkan dari kereta kebal dan digambarkan
sebagai 'senjata yang tidak tepat' untuk digunakan dalam pertempuran di
kawasan bangunan itu, akan meletup di udara dengan melepaskan ribuan
damak kecil diperbuat daripada besi yang setiap satunya berukuran empat
sentimeter.
The Guardian melaporkan, Pusat Palestin bagi Hak Asasi Manusia (PCHR)
mendakwa enam peluru damak itu digunakan semasa pengeboman di
perkampungan Khuzaa di Genting Gaza pada 17 Julai lalu.
Tentera Israel ketika diminta mengesahkan perkara itu oleh media
tidak menafikan mereka menggunakan peluru tersebut dalam konflik
berkenaan dengan mendakwa mereka hanya membawa senjata 'yang disahkan di
bawah undang-undang antarabangsa'. - AGENSI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment