WASHINGTON 21 Julai - Dua warganegara Amerika Syarikat (AS) merupakan
antara 13 anggota Pasukan Pertahanan Israel (IDF) yang terbunuh dalam
pertempuran di Gaza, semalam.
"Kami boleh mengesahkan kematian rakyat AS, Max Steinberg dan Sean
Carmeli di Gaza. Sebagai penghormatan kepada mereka yang terlibat, kami
tidak mempunyai maklumat lanjut buat masa ini," kata jurucakap Jabatan
Negara AS, Jen Psaki dalam satu kenyataan.
Los Angeles Times melaporkan, Carmeli, 21, yang kedua ibu bapanya
merupakan rakyat Israel, membesar di Texas manakala Steinberg, 24,
membesar di selatan California. Kedua-duanya merupakan anggota tentera
Israel bagi Briged Golani.
Menurut laporan Jewish Journal of Greater Los Angeles, Steinberg
tinggal di bandar Beersheba dan menyertai IDF pada penghujung 2012
sebagai seorang penembak tepat, manakala butiran Carmeli masih tidak
diketahui. - AFP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment