Tarikh yang pilu bagi aku...
Aku dikejutkan dengan 1 msg pada pagi nie, msg yang ku tidak sangka kan terima pada pagi ini, disusuli dengan satu panggilan mengatakan Nendaku telah pulang kepangkuan ILAHI..
Hatiku tidak tenang sepanjang minggu, mungkin ia merupakan petanda / petunjuk kepadaku bahawa hari raya tahun ini tidak akan semeriah dahulu.. hati aku berkata ingin pulang ke kampung sejak minggu lalu, namun aku membatalkan hasratku pada saat-saat akhir..
setelah tiba hari ini barulah aku faham mengapa aku terasa lebih mengigati Ramadhan tahun ini berbanding hari lebaran Aidilfitri yang bakal menjelang..
pilu menyelubungi diriku, andai kata aku bercuti pada esok hari sudah tentu aku sudah berada di kampung halaman, tentu aku punya masa untuk memohon kemaafan kepada insan yang pergi menyahut panggilan TUANNYA pagi ini..
Sudahlah jauh diperantauan, pagi ini aku kemerata tempat mencari tiket untuk pulang ke kampung, namun hampa.. tiket yang paling awal mampu ku perolehi adalah 9.00 malam ini..
Ini bermakna aku tidak sempat menatap mukanya buat kali terakhir.. Dia akan disimpan pada tengahari ini.. Aku memohon agar segalanya berjalan dengan lancar.. Amin
Namun aku terasa gembira kerana mengikut kata mama, nendaku pergi dengan tenang dan senyuman di rumah beliau, tempat di mana aku dilahirkan dan dibesarkan.. Jauh disudut hatiku, aku berterima kasih kepada Allah kerana memuliakan kepulangan nendaku pada awal pagi 17 Ramadhan, hari yang mana ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia bahawa berlakunya Nuzul Al-Quran..
Kepada rakan-rakan aku memohon jasa baik kalian untuk membaca Surah Yassin kepada nendaku..
Semoga Rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan disamping orang yang beriman.. Al-Fatihah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Salam. Inna Lillah. Al-Fatihah untuk nenek you...
Al-fatihah..
wa harap lu selamat sampai.
sori sbb xsempat antar ko balik.
Takpe2 jiran2 kita ade.Bila lagi?
pepun jumpe ahad nanti..leh cite pjg
pasal MLM tuu..huhuhu~
Al-Fatihah untuk nenda kamu.
sabar ya..
al-fatihah..
takziah utk u and family
Salam...
mama,
terima kasih..
shino,
tak pa, terima kasih..
ok!!
panda,
terima kasih..
fatin,
terima kasih..
green,
terima kasih..
Hari nie aku sempat menziarahi tanah perkebumian nendaku, masih "gembur" bak kat orang kampung..
Insya'ALLAH selepas solat Jumaat esok aku dan abang akan ke tanah perkuburan nendaku semula bagi menambun tanah tambahan yang agar tanah yang telah mendap tidak kelihatan seperti tiada kubur..
Kubur nendaku hanya ditanda dengan pohon mawar buat sementara waktu, untuk mengelakkan ramai tersilap langkah kuburan nendaku, aku dan sepupu telah menanda sementara kubur itu dengan ranting petang tadi..
Al Fatihah
takziah utk awak sekeluarga..
alfatihah
salam takziah..
Post a Comment