Hujung minggu yang lalu aku telah menyertai satu sesi brainstorming yang aku jangka bakal membawa impak yang besar kepada pembinaan satu industri baru di Negeri Kelantan. Aku tidak menjangaka bakal mendapat jemputan kerana aku merupakan "budak hingusan" dalam pejabat aku, tapi apabila mendapat tahu nama aku terselit, aku menjadi ghairah untuk menghadiri majlis brainstorming tersebut.
Kalu nak ikutkan hati memang la sedap bercuti dan melepak di rumah terutama pada hari Sabtu dan Ahad, manakala keesoknya Isnin cuti hari Deepavali. Tapi aku lebih terdorong untuk mempelajari ilmu baru berkaitan pelaburan yang bernilai jutaan ringgit di kawasan Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECER).
Tempat brainstorming tersebut diadakan boleh dianggap sebagai tempat berstatus Elite kerana para pengunjungnya terdiri daripada para pelancong asing dan VIP Malaysia yang kebanyakannya berpangkat Datuk.
Aku terkesima apabila melihat keindahan tempat itu, nyata harga yang dibayar oleh penganjur bukan satu nilai yang murah dimana setiap peserta yang dijemput dibayar pakej penginapan lengkap dengan makan 6 kali untuk 2 hari 1 malam bernilai RM590 seorang. Keenakan makanan yang dihidangkan tidak terkata, terdapat pelbagai pilahan makanan yang dikuasai oleh makanan Asian, Arabic dan Western.
Tempat tinggal yang berunsurkan Carribein menambahkan keindahan penginapan di sana.
Terdapat kolam yang berskala besar cukup untuk memuatkan kira-kira 30 orang dalam satu masa tanpa perlu berasak-asak antara satu smaa lain. Pantai yang memutih dan angin yang sepui-sepui bahasa mengamit aku untuk berjemur di pantai tersebut setelah penat berenang di laut yang membiru.
Tuesday, October 28, 2008
Tuesday, October 14, 2008
Tuesday, September 23, 2008
Seloka Aidilfitri....
Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman SMS pun dah kira "grand" lah ye..!
Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai SMS pun kira ok what?
Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang
Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri
Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba sahaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia
Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan
Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan
Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah
Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
Ps: Halalkan la makan minum klu ada..

Wednesday, September 17, 2008
Kenapa Portugis Menyerang Melaka Tidak Kerajaan Kedah Tua
1508
Alfonso De Albuquerque meyampaikan hasratnya kepada Raja Portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara (Melaka dan Kedah Tua antara pusat perdagangan Asia Tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera (158 biji
kapal dengan 15300 (anggaran) bala tentera)
1509
Portugis menhantar perisik ke Melaka untuk megetahui keadaan kekuatan pertahanan disana
Oct 1511
Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan
Melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Portugis yang dipimpin oleh Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15 ribu askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersaudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah
hampir kecewa dan putus asa...
1513
Setahun 11 bulan kemudian alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini...
Feb 1514
Alfonso menghantar perisik ke kedah dan pulau pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana (Kedah dan P.Pinang ) mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar Kedah dan Pulau Pinang untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan...
Seminggu selepas Feb 1515
Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso
Dibawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso (setelah dialih bahasa kepada bahasa Melayu) yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah:
Perisik 1,2,3 "selamat pagi tuan (sambil bertabik)"
Alfonso "selamat pagi"
Perisik "Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Kedah dan Pulau Pinang"
Alfonso "Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? (dengan nada marah)"
Perisik 2 "Untuk menawan Melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal HangTuah, Hang Jebat, Hang
Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak
menawan Kedah dan Pulau Pinang yang mempunyai beribu ribu hang.."
Perisik 3 "Betoi tu Tuan...antaranya hang sihat, hang buat apa, hang apa khabar, hang lagu mana, hang pi mana,
hang nak p mana, hang singgah dulu, hang gila,bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang
macam-macam lagi hang ada kat sana ......."
Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang Kedah, Perlis dan Pulau Pinang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan Melayu Melaka amat ngeri......ini kan pula nak berhadapan beribu-ribu "hang".
Hehehehe.. sekadar lawak dihujung minggu.. tapi tetap ada moral value..
Jangan la mendengar kabar angin tanpa memeriksa kebenarannya terlebih dahulu..
Ramadhan 17..Pemergian Nendaku
Tarikh yang pilu bagi aku...
Aku dikejutkan dengan 1 msg pada pagi nie, msg yang ku tidak sangka kan terima pada pagi ini, disusuli dengan satu panggilan mengatakan Nendaku telah pulang kepangkuan ILAHI..
Hatiku tidak tenang sepanjang minggu, mungkin ia merupakan petanda / petunjuk kepadaku bahawa hari raya tahun ini tidak akan semeriah dahulu.. hati aku berkata ingin pulang ke kampung sejak minggu lalu, namun aku membatalkan hasratku pada saat-saat akhir..
setelah tiba hari ini barulah aku faham mengapa aku terasa lebih mengigati Ramadhan tahun ini berbanding hari lebaran Aidilfitri yang bakal menjelang..
pilu menyelubungi diriku, andai kata aku bercuti pada esok hari sudah tentu aku sudah berada di kampung halaman, tentu aku punya masa untuk memohon kemaafan kepada insan yang pergi menyahut panggilan TUANNYA pagi ini..
Sudahlah jauh diperantauan, pagi ini aku kemerata tempat mencari tiket untuk pulang ke kampung, namun hampa.. tiket yang paling awal mampu ku perolehi adalah 9.00 malam ini..
Ini bermakna aku tidak sempat menatap mukanya buat kali terakhir.. Dia akan disimpan pada tengahari ini.. Aku memohon agar segalanya berjalan dengan lancar.. Amin
Namun aku terasa gembira kerana mengikut kata mama, nendaku pergi dengan tenang dan senyuman di rumah beliau, tempat di mana aku dilahirkan dan dibesarkan.. Jauh disudut hatiku, aku berterima kasih kepada Allah kerana memuliakan kepulangan nendaku pada awal pagi 17 Ramadhan, hari yang mana ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia bahawa berlakunya Nuzul Al-Quran..
Kepada rakan-rakan aku memohon jasa baik kalian untuk membaca Surah Yassin kepada nendaku..
Semoga Rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan disamping orang yang beriman.. Al-Fatihah

Subscribe to:
Posts (Atom)