Wednesday, June 16, 2010

PGPO rancang guna semua laluan serentak untuk ke Gaza

ALOR SETAR 16 Jun — Perdana Global Peace Organisation (PGPO) merancang untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza menerusi penggunaan semua laluan secara serentak selepas dua percubaan sebelum ini disekat oleh rejim Zionis.

Penasihat PGPO, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, tahun lalu, Israel menyekat bantuan yang disalurkan menerusi jalan darat di Mesir, dan baru-baru ini pula, merampas serta menyerang kapal yang cuba menghantar bantuan melalui laut.

"Dah dua kali gagal. Kali ini kita gunakan semua laluan serentak... laut dan darat. Kita mahu tunjukkan perpaduan kita dalam menyampaikan bantuan kepada penduduk Gaza,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program “Jom Pakat Pi Tengok Bola” di Menara Alor Setar di sini, malam tadi. — Bernama

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0616&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_09.htm

No comments: