Showing posts with label Tribute to Palestin..... Show all posts
Showing posts with label Tribute to Palestin..... Show all posts

Tuesday, June 15, 2010

Iran pula hantar kapal bantuan ke Gaza

TEHERAN 14 Jun - Iran menghantar kapal bantuan ke Genting Gaza dalam langkah yang dijangka dianggap sebagai provokasi oleh Israel yang menuduh Teheran membekalkan senjata kepada pergerakan Hamas di wilayah Palestin itu.

Sebuah kapal meninggalkan pelabuhan semalam, dan sebuah lagi akan berlayar pada Jumaat ini, dengan membawa bekalan makanan, bahan binaan dan alat permainan, menurut laporan radio kerajaan hari ini.

Kapal-kapal itu adalah sebahagian usaha antarabangsa untuk melanggar sekatan Israel ke atas Gaza.

"Iran akan terus menghantar kapal bantuan sehingga berakhirnya sekatan ke atas Gaza," kata seorang pegawai daripada Persatuan Iran bagi Pembelaan Bangsa Palestin.

Seorang pegawai Persatuan Bulan Sabit Merah Iran berkata, kira-kira 100,000 sukarelawan Iran telah mendaftar diri untuk menjadi krew kapal-kapal bantuan itu.

Bagaimanapun timbalan ketua Pengawal Revolusi Iran, Hossein Salami menafikan kenyataan seorang pegawai kanan kerajaan bahawa pasukan tentera elit itu bersedia untuk mengiringi kapal bantuan ke Gaza jika diarah oleh Pemimpin Tertinggi, Ayatollah Ali Khamenei.

"Tidak ada rancangan untuk berbuat demikian. Langkah sedemikian tidak termasuk dalam agenda kami," kata Salami. - Reuters

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0615&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_03.htm


Israel tubuh suruhanjaya

BAITULMAQDIS 14 Jun - Kabinet Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu hari ini meluluskan penubuhan sebuah suruhanjaya bagi menyiasat tindakan tentera Zionis memintas enam kapal asing yang membawa bantuan dan aktivis pro-Palestin ke Genting Gaza dua minggu lalu.

Suruhanjaya 'awam bebas dan khas' itu akan dipengerusikan oleh bekas hakim Mahkamah Agung, Jacob Turkel dan dianggotai oleh pakar undang-undang antarabangsa, Shabtai Rosen dan mejar jeneral bersara, Amos Horev, menurut kenyataan kerajaan.

Pemenang Hadiah Keamanan Nobel dari Ireland, Lord William David Trimble dan peguam antarabangsa dari Kanada, Ken Watkin akan turut serta dalam sesi keterangan dan perbincangan sebagai pemerhati yang tidak mempunyai hak mengundi. (Adil ka macam nie?)

Suruhanjaya itu juga dibenarkan, atas sebab keselamatan Israel, tidak mendedahkan maklumat tertentu kepada dua pemerhati tersebut, menurut kenyataan kerajaan.(Nak sembunyikan fakta la tu... Dasar Israel)

Ia akan mengkaji tindakan tentera memintas 'Flotila Pembebasan' itu serta sekatan tentera laut Israel ke atas Gaza, dalam konteks undang-undang antarabangsa.

Suruhanjaya itu akan mengemukakan laporannya kepada Perdana Menteri dan Kabinet.

"Memandangkan Suruhanjaya itu perlu menentukan perkara sebenar demi kepentingan umum, pihak penguat kuasa undang-undang tidak akan menggunakan keterangan yang diberikan kepada Suruhanjaya sebagai bahan bukti dalam sebarang prosiding undang-undang," menurut kenyataan itu.

Netanyahu berkata, butir-butir Suruhanjaya itu diputuskan dengan kerjasama kerajaan Amerika Syarikat (AS).

Komando Israel menyerang dan merampas flotila enam kapal bantuan itu pada 31 Mei lalu, menyebabkan sembilan aktivis pro-Palestin terdiri daripada lapan rakyat Turki dan seorang warga AS keturunan Turki terbunuh.

Serangan itu mencetuskan kutukan hebat masyarakat antarabangsa terhadap Israel dan desakan supaya sebuah suruhanjaya siasatan antarabangsa ditubuhkan bagi menyiasat insiden itu. - DPA

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0615&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_01.htm

ICRC: Zionis langgar Konvensyen Geneva

GENEVA 14 Jun - Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) hari ini menyifatkan sekatan Israel ke atas Genting Gaza sebagai melanggar Konvensyen Geneva dan menggesa rejim Zionis itu menariknya balik.

Agensi kemanusiaan berkecuali itu juga menyeru pejuang Hamas yang menahan askar Israel, Gilad Shalit sejak hampir empat tahun lalu supaya membenarkan dia dihubungi oleh keluarganya, selaras dengan undang-undang antarabangsa.

Ekoran serangan komando Israel ke atas flotila bantuan ke Gaza dua minggu lalu, penderitaan yang dialami oleh 1.5 juta penduduk wilayah Palestin akibat sekatan yang dikenakan sejak 2007 semakin mendapat perhatian antarabangsa.

Penduduk Gaza dibelenggu masalah pengangguran, kemiskinan dan kesan peperangan, manakala kualiti penjagaan kesihatan berada pada 'paras paling rendah dalam sejarah', menurut ICRC.

"Seluruh penduduk awam Gaza dikenakan hukuman kerana tindakan yang di luar tanggungjawab mereka.

"Dengan itu sekatan tersebut menandakan hukuman menyeluruh yang jelas melanggar kewajipan Israel di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa," menurut ICRC dalam satu kenyataan lima muka.

Kenyataan tersebut menandakan kali pertama ICRC secara terang-terangan menggambarkan sekatan Israel sebagai melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang termaktub dalam Konvensyen Geneva.

Konvensyen Geneva Keempat 1949 yang ditandatangani oleh Israel mengharamkan hukuman menyeluruh ke atas penduduk awam.

Israel berhak untuk mengenakan sekatan ke atas bahan ketenteraan atas sebab keselamatan, tetapi skop sekatan itu sudah melampaui batas kerana turut meliputi barang keperluan asas, menurut ICRC.

"Kami menggesa Israel menamatkan sekatan itu dan menyeru semua pihak yang boleh mempengaruhi situasi sekarang, termasuk Hamas supaya berusaha sedaya upaya untuk membantu penduduk awam di Gaza," kata ketua operasi ICRC bagi Asia Barat, Beatrice Megevand-Roggo. - Reuters

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0615&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_02.htm

Monday, May 31, 2010

Serangan tentera Israel ke atas kapal bantuan kemanusian


GAMBAR dirakam dari siaran TV Turki menunjukkan bot askar Israel mendekati kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza. Gambar bawah, askar dan komando Israel menceroboh salah satu kapal misi bantuan dengan sekurang-kurangnya lebih 10 orang dilaporkan terbunuh. - Foto AFP
May 31, 2010 4:47 pm

10 maut Israel serang konvoi bot bantuan

2010/05/31

JERUSALEM: Sekurang-kurangnya 10 maut apabila askar Israel menyerang bot yang membawa aktivis pro-Palestin dalam perjalanan ke Gaza.

Saluran 10 Television persendirian Israel yang dipetik oleh agensi berita AFP melaporkan, pasukan komando marina Israel mula melepaskan tembakan selepas dikatakan diserang dengan kapak dan pisau oleh penumpang bot keselamatan itu.

Bagaimanapun stesen itu tidak memberitahu jumlah sebenar kematian dan sama ada mangsa itu adalah penumpang bot atau tentera Israel.

Radio tentera Israel pula melaporkan, antara 10 hingga 14 orang terbunuh dalam pertempuran yang berlaku kononnya selepas cubaan penumpang bot terbabit merampas senjata milik komando tentera laut yang cuba menahan mereka.

Tidak jelas sama ada pertempuan itu hanya membabitkan sebuah bot saja ataupun enam konvoi bot yang membawa misi bantuan, dan pihak Israel tidak mahu mengulas lanjut mengenai kejadian itu.

Tentera Israel juga mengeluarkan arahan yang menghalang sebarang maklumat keluar berhubung kematian atau kecederaan akibat kejadian itu. - AFP

Sumber:
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/10mautIsraelserangkonvoibotbantuan/Article